Thursday, 18 August 2016

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA



 
 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SESI JUN 2106

PENGAJIAN MALAYSIA

TAJUK : SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
PENSYARAH :
JABATAN : KEJURUTERAN MEKANIKAL
NAMA PELAJAR
  1.   AHMAD SHAIFULDEEN BIN AZLAN               02DKM16F1005
  2.   AMAR ISKANDAR BIN NORDIN                       02DKM16F1032
  3.   MUHD AKMAL BIN ZULKIFLI                          02DKM16F1013                          
  4.  MOHAMAD SALIHIN BIN M.SABRI                  02DKM16F1041
PROGRAM :KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KELAS : DKM1A
PENGHARGAAN 

 Kami  mengucapkan jutaan terima kasih buat ibu bapa kami yang telah membimbing kami untuk menunjukkan cara pembukaan blogger dan melakukan blog buat kali pertama.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih buat pensyarah saya PUAN RINA  kerana menunjuk
ajar mengenai cara melakukan tugasan  dan tidak juga saya lupa ingin mengucapakan  ribuan terima kasih buat sahabat saya yang bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan tersebut.

  PENGENALAN


Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai jenis kaum serta identiti . Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia . Daripada keseluruhan bangsa tersebut , terdapat tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu , Cina dan India . Berpandukan kamus dewan , konsep masyarakat membawa maksud kepada kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan megikut aturan serta cara tersendiri dan masyrakat ini terdiri daripada beberapa kaum dan bangsa .
Demikian itu , gabungan kedua dua istilah ini iaitu masyarakat majmuk mebawa maksud kepada " satu kumpula manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik , sosial dan ekonomi di suatu tempat bagi membenuk satu kumpulan yag mampu mewujudkan nilai bersatu padu antara satu sama lain .
   Walau bagaimanapun , ada juga yang berpendapat bahawa masyrakat majmuk muncul akibat daripada dasar dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibakan wujudnya kelompok kelompok yang pelbagai dalam satu unit politik . Kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat pada agama , bahasa , budaya , idea idea dan cara hidup tersendiri .
    Dalam memahami tentang konsep ini , perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia . Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan . Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk . Penggunaan istilah masyarkat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British . Oleh itu kita akan mengupas tentang kewujudan masayarakat majmuk di Malaysia .

ISI-ISI

 
LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK

KAUM MELAYU
Orang Melayu  boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka. Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu. Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing. Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot. British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya. Di malaysia  , jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.


KAUM CINA
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor. Penghijrahan masyarakat Cina berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang.Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua.


KAUM INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-estet. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik , luar dari system kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil , makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai. Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi  7%.O rang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah.  Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938.



KAUM SABAH DAN SARAWAK
Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8),


FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan sector perladangan dan perlombongan .Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
 Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan Kemasukan buruh dari china dan India.Keadaan ekonomi dan politik yang tidak tenteram seperti berlaku Pemberontakan Taiping dan pemberontakan Boxer yang menyebabkan ribuan Nyawa terkorban.Keadaan ekonomi yang buruk seperti pertambahan Penduduk yang pesat ,kekurangan makanan,bencana alam seperti banjir,Kemarau dan gempa bumi yang sering berlaku memusnahkan banyak nyawa Dan harta benda telah menjadi factor penolak untuk berhijrah ke Tanah Melayu.Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah menarik Minat orang Cina ke
Negara ini.Penghijrahan kaum India pula adalah disebabkan masalah ekonomi dan social.Seperrti pertambahan penduduk yang pesat dan tidak seimbang dengan Keluasan tanah pertanian , bencana alam seperti banjir, kemarau , kebuluran.Yang kerap berlaku dan merebaknya wabak penyakit telah mendorong Mereka berhijrah ke Negara ini.Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi Perindustrian, permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini.Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong,orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani.
 Kawasan penempatan yang berbeza seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping,Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu.Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar.Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.
Agama – Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru. Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Budha.
Pendidikan/perseko
lahan – Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum.Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah .Buku –buku dan guru-gurunya dibawa dari India.Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu.Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
Sosiol budaya – Setiap kaum Cina,India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum.Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina ,India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.Untuk mengkaji latar belakang pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.Untuk mengkaji Kesan –Kesan Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia Dan Implikasi Terhadap Kemajuan Negara Malaysia.
RUJUKAN

* Menurut Furnivall (1967:54),
*(James P. Ongkili, 1985:4).
*Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159)'
*Menurut W.L. Blythe
*Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8)

RUMUSAN
Secara keseluruhannya istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan Negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting ialah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara dan bangsa. Kepentingan sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Negara-bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotism Negara-BangsaKesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghujrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah melayu.  Namun kehadiran  masyarakat luar ke Tanah Melayu  telah mencorakkan  perspektif  masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Masyarakat  majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan  mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan  pelbagai etnik yang lain. Bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, agama, kepercayaan dan adat resam seharusnya setiap pihak harus berganding bahu untuk mengukuhkan lagi perpaduan. Hal ini jelas dilakukan apabila pihak kerajaan mula mengambil tindakan dengan memperkenal sistem satu malaysia , one people dan banyak lagi. 

LAMPIRAN
 
KAUM MELAYU
 
Berikut merupakan perayaan-perayaan yang disambut oleh kaum melayu. Antaranya ialah hari raya aidilfitri, hari raya aidil adha, sambutan maulidur rasul dan banyak lagi.
Kaum melayu yang beragama islam akan ke masjid untuk beribadah. Selain itu banyak lagi ibadah yang dilakukan umat islam seperti membaca qur’an, berzikir dan sebagainya.  
 

 
Baju tradisional masyrakat melayu bagi perempuan ialah baju kurung, kebaya dan banyak lagi. Manakala bagi lelaki pula mereka mengenakan baju melayu
 
 
KAUM CINA

Bagi Kaum Cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk bersembahyang. Penganut Kristian akan menyambut Hari Krismas. Manakala bagi yang beragama Buddha mereka akan bersembahyang di kuil.
 
 
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina.namun begitu terdapat nbanyak lagi prayaan yang diraikan masyrakat cina.
 
Kaum Cina mempunyai tarian tradisional yang menarik antaranya ialah tarian naga, tarian singa dan tarian kipas. Terdapat juga taria lain yang juga merupakan tarian tradisional kaum cina

 
KAUM INDIA
Kaum India juga mempunyai persamaan dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama hinddhu dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu ada segelintir kaum india yang menganut agama islam setelah berhijrah ke tanah melayu.
 
Kaum India juga mempunyai persamaan dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama hinddhu dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu ada segelintir.
Antara perayaan yang disambut masyarakat india di Malaysia ialah Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
 
Antara masyarakat india ialah tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
 
Sari, kurta,sarung dan serban merupakan pakaian tradisional bagi masyrakat india.
  
KAUM SABAH DAN SARAWAK
 
Kebanyakkan masyarakat Sarawak dan sabah adalah beragama islam. Namu ade juga sebhagian mereka yang beragama kristian, dan Buddha. Ada juga yang mengamalkan kepercayaan zaman dahulu seperti animisme
Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian baru. Perayaan  bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan olah kaum Kadazan  Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi.
 PESTA GAWAI
 

 PESTA KAAMATAN
 
 
 
Berikut merupakan baju kebudayaan masyrakat Sabah dan Sarawak
 
SARAWAK

 
 
SABAH